Friday, August 22, 2008





Ini antara contoh bersama alat muzik kompang.

Friday, August 15, 2008

Kompang


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.

Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Kulit kambing yang telah dibuang bulunya diproses dengan bancuhan kimia. Kulit dikeringkan tanpa dibiarkan reput dan kulit digosok dengan garam batu bagi membuangkan bulunya. Atau ia dibenarkan reput sedikit supaya bulunya senang tanggal. Air kapur, abu, sodium sulfida, ammonium sulfate adalah antara kimia yang digunakan. Tannin, bahan dalam teh digunakan untuk mengawet kulit yang diproses. Kemudian kulit dikeringkan ditempat yang lembab. Kadangkala kulit ditarik-tarik untuk melembut dan meratakannya.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Rebana Ubi

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular terutamanya dalam kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong, burung kenek-kenek, dan pelanduk-pelanduk. Tetapi Rebana juga sering dimainkan di pulau JAWA. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraiaan.

Gedombak

Gedombak adalah gendang dua muka iaitu 'compound hole' tetapi pada sebelah permukaan besar sahaja telah diregangkan dengan kulit dan pada permukaan satu lagi (ponget) dibiarkan terbuka. Ia berbentuk seperti piala iaitu 'goblet-shaped'. Baluhnya diperbuat daripada kayu jenis keras, lazimnya daripada kayu nangka ataupun angsana. Pada permukaannya diregang ataupun dirambing dengan belulang daripada kulit kambing sebagai bahan bunyi dengan menggunakan kaedah siratan tali rotan yang halus. Dalam konteks persembahan, ia disertakan secara berpasangan iaitu Ibu dan Anak dan dimainkan oleh dua orang pemain untuk mengiringi teater tradisional seperti Wayang Kulit dan Menora yang terdapat di Kelantan. Dalam ensemble Menora yang terdapat di Perlis, alat Gedombak juga disertakan secara berpasangan. Gedombak Ibu mampu menghasilkan pic suara yang lebih rendah daripada Anak tetapi mempunyai ukuran yang sama pada baluhnya. Dalam proses penalaan bunyi, kayu berbaji juga digunakan. Ia dipalu dengan sebelah tangan manakala tangan sebelah lagi digunakan untuk mengimbangi di antara suara-suara mnemonik iaitu 'doh', 'phat' dan 'ting' dengan melakukan kaedah buka dan tutup pada permukaan kecilnya yang sedia terbuka itu.

Gendang Gamelan

Gendang gamelan mendukung peranan sebagai penyokong irama dalam ensemble Gamelan Melayu. Ia merupakan jenis gendang dua muka iaitu compound hole dan berbentuk seperti 'tempayan' iaitu barrel-shapped. Pada permukaan besarnya diregangkan dengan belulang lembu sebagai bahan bunyi dan pada permukaan kecil dengan belulang kambing. Teknik meregang bagi belulang-belulang tersebut ialah dengan menggunakan jalinan tali daripada kulit dan disalurkan melalui gelung-gelung yang diperbuat daripada kulit dan berfungsi sebagai alat tala (tune). Kebanyakan daripada gendang tersebut dibawa dari Jawa bersama alat Gamelan perunggu yang lain. Dalam konteks persembahan ia dipukul dengan kedua-dua belah tangan pemain dan mampu menghasilkan suara mnemonik seperti 'doh' pada permukaan besarnya dan mnemonik 'tak' pada permukaan kecilnya. Dalam tradisi Gamelan di Johor jenis gendang seperti ini terdapat dalam berbagai ukuran dan ia dibuat oleh tukang-tukang yang mahir dari kalangan mereka. Gendang dua muka juga berfungsi sebagai penyokong irama dalam ensemble yang berkaitan seperti persembahan Wayang Kulit Purwa dan Kuda Kepang.
Gendang tergolong dalam kategori membranofon. Ia bermaksud alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu. Pelbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat dan muzik tradisional seperti dalam permainan gamelan, caklempong, dan sebagainya.

Friday, August 8, 2008

Gendang

Gendang adalah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing, atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. Setiap bangsa sepertiCina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.